PERBEZAAN SEBELUM & SELEPAS KAHWIN!



Selalu orang kalau baru kahwin ofkos la kehidupan dia berubah 100% kan melainkan kalau kau jenis tak kisah pasal suami/isteri sendiri. Bagi aku memang berubah sangat.

1. Tak Cukup Tidur.
Tak cukup tidur ke memang aku kuat tidur tak pasti la. Tapi kalau ikot alarm Mr.Zaid dia bangun seawal 5pagi. Mandi sebelum subuh katanya... Aku tak mandi la.. Tapi kena prepare breakfast untuk Mr.Zaid bawa bekal ke office. Jenis dia tak kisah tolak kayu dengan batu. Apa aku masak pon dia cakap sedap! (xtau la kalau jg hati)

2. Penampilan Berubah
Semua yang baru kahwin confirm la penampilan nak jaga. Dan kalau boleh biar la sampai bila-bila. Bercantik depan suami jela ya. Kalau dulu duduk rumah pakai biasa je sekarang mesti la nak ada unsur seksi sikit kan (gitu..). Lagi satu bila keluar. Sila la jaga cara pemakaian lagi-lagi bagi yang bertudung. Aku sedang berusaha yang lebih baik dan mengikut syariat dari sebelum ni. Insyallah..

3. Sikap Tak Baik Kepada Baik
Sikap kalau dulu malas sekarang kena rajin. Kalau dulu rajin sekarang kena lebih rajin! Haha.. Btw alhamdulillah aku di didik memang dari kecil lagi kena rajin. Lagi-lagi bab kebersihan. Tu kepantangan mak aku tu. Bab bersih NO.1 ok. So kalau korang rajin masak, mengemas insyallah senang mata suami kan. Bagi aku sikap yang perlu aku berubah ialah tolong rajin-rajin belajar masak ya! Kena upgrade lagi cara masakan aku bak kata mak. Lagi satu sikap toleransi dan saling memahami. Kalau sebelum berkahwin maybe ada sikap buruk kita yang tak pasangan tak tahu, so sila la perbaiki diri.

4. Cuci Pakaian
Mr.Zaid jenis baju semua masuk je mesin. Aku tak boleh la. Baju kerja baju jalan basuh tangan. So, kalau dulu kena basuh baju sendiri je sekarang 2x ganda la kena basuh kan. Lagi satu bab iron baju! Berlecak ketiak aku.. Hihi...

5. Tak Cukup Masa
Sekarang memang tak cukup masa. Kalau dulu banyak sangat masa untuk diri sendiri. Tapi sekarang hari biasa dah bekerja. Hujung minggu kena balik rumah mak mentua. Balik je kena membasuh baju bajan lagi. Penat. Tapi ingat jangan stress. Kalau dah biasa tidur pon sambil senyum tau... hehe....

Tapi syukur walaupun baru 2 bulan kahwin, benda ni semua aku dapat lalui sebab ni baru dugaan kecil je. Orang kata hidup berumah tangga adat la ada suka ada duka. Harini gaduh esok baik la..






I'M OFFICIALLY MARRIED!






Alhamdulillah setelah 4 tahun perkenalan dan 11 bulan terikat..
1 Mei 2014..

Ya Allah Ya Tuhanku,
Seandainya telah kau catatkan dia milikku, tercipta buat ku,
dekatkanlah dia padaku, satukanlah hatinya dengan hatiku,
titipkanlah kemesraan antara kami agarkebahagiaan itu kekal abadi,
seiringkanlah kami dalam melayari bahtera perkahwinan,
jadikanlah kami pasangan yang bahagia dan
berkekalan buat selama-lamanya hingga keakhir hayat dan
kurniakanlah kami zuriat yang sempurna, beriman dan beramal soleh,
sesungguhnya engkau berkuasa atas segala sesuatu.
Amin Ya Rabbal Alamin.

Official Photographer here


Semua post lama terpaksa di delete. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...