TIPS NAK MELANCONG DENGAN BUDGET YANG RENDAH.


Hari ni aku nak share macam mana orang nak pergi melancong tapi dengan budget yang sikit. Walaupun baru setahun aku kerja dengan travel agent aku tau la sikit-sikit kan. Dah hari-hari aku buat quotation untuk client and arrange their trip. Bosan dah ahhhh..

Listkan budget

Budget tu haruslah sesuai dengan destinasi anda tu. Jangan la nak kedekut sangat sampai nak murah gila-gila kan. Pernah tau orang tanya aku dia nak pergi Langkawi untuk 2 orang termasuk makan minum, hotel, tour dan flight tiket juga RM 150.00. Ayaaa. Abang.. berkhemah dekat luar rumah jela. Tak rasional langsung tau tak. Kalau budget around RM 200.00 seorang tu insyallah boleh la dapat.


Destinasi


Fikirkan destinasi yang sesuai dengan budget anda. Contohnya nak pergi Jakarta-Bandung. Termasuk flight, hotel, tour & guide budget dalam RM 500 dah boleh dapat tau??


Pengangkutan

Nak senang tanpa penat memandu? Naik je flight. Senang dan lagi murah tau. Tahu kan Airasia selalu buat tambang murah yang berbaloi-baloi? Bila ada promosi apa lagi terus online airasia dan book tiket anda. Airasia tak pernah tipu tau. Tak ada kad kerdit nak booking pun boleh ma. Pakai je Cimb click or Maybank 2u korang. Sure boleh la.. EVEREYONE CAN FLY….


Hotel

Ini yang paling payah kan? Now kebanyakan hotel dah ada booking secara online. Termasuk la hotel luar Negara! Tapi sebelum korang bayar tu search bebaik about her. Takut kena tipu pulak nanti. Kalau boleh book hotel yang korang biase dengar. Jangan sesekali korang booking by call! Sebab walk-in rate dengan online rate lagi mahal! Ada sesetengah hotel tawarkan 50% jika booking secara online. Lagi satu siapa yang kerja GOV tu gunakan lah kelebihan anda tu sebab untuk kakitangan GOV secara automatik akan dapat best price.


Tarikh

Elakkan la tarikh peak season & super peak season! Seperti time cuti sekolah dan public holidays! Sebab surcharge yang di kenakan agak mahal. Tapi kalau nak pergi juga, booking la seawal mungkin sebab time macam ni system boleh hang!

Travel Agent.

Jika korang nak melancong dengan budget yang sikit tu, black list je terus dari nak gunakan travel agent. Hehe. (Lingkup ahhh company aku macam ni) Kalau jenis yang kaya raya & malas nak fikir tu tak pe la juga.



MATTA FAIR!

Ni la saat yang paling best sebab MATTA FAIR betul-betul tawarkan harga yang de BEST! Rajin-rajinkan la diri untuk datang dan tengok sendiri harga runtuh tu.



TIPS TAMBAHAN:

Untuk pakej bulan madu, sekarang ni dah banyak hotel buat pakej khas dengan harga per couple. Direct terus deal dengan hotel. Begitu juga dengan hotel luar Negara!

Lebih ramai peserta lebih murah! Yang ini kalau nak buat family trip ataupun untuk student buat reunion ke apa ke. Korang email je direct dengan sales dekat hotel yang korang nak buat program tu. Mesti korang dapat harga yang lebih murah!



Untuk yang nak bercuti ke Island, macam Pulau perhentian ke pun sama direct dengan resort dekat sana. By email pun boleh. Selalu island akan buat Early Bird bulan MAC untuk harga yang betul-betul murah! Bagi family dan student pula jangan lupa tanya special rate ni. Mesti ada punya lah.






Tak sabar nak bercuti ni. Yeay!






2 comments:

  1. Assalam....

    Kalau pakej ke Bandung utk 3D2N utk 5org paling rendah berapa ye? including mkn b/l/d utk 2x. email saya, real_syuhada@yahoo.com

    ReplyDelete
  2. Salam,
    Saya ada menyediakan ground pakej ke Padang Bukittinggi Indonesia dengan harga yang menarik.Kepada anda yang baru pertama kali nak melancong,kami sarankan anda guna kan khidmat kami.Semua urusan dilakukan di Malaysia dan ianya lebih selamat,murah dan meyakinkan.
    Pelbagai pakej ke Padang Bukittinggi untuk anda. Kami akan guide anda dari anda menjejakkan kaki ke bumi Padang sehinggalah anda meninggalkan bumi Minang.
    Hubungi saya ditalian 0126665436 (call/sms/whatsapp)
    Sebarang pertanyaan akan kami layan.
    Atau boleh juga ke Blog kami untuk pelbagai info tentang Padang Bukittinggi:

    http://freelancetour.blogspot.com/

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...